Kesan sejagat McDonald's

Sesebahagian pemerhati berpendapat bahawa kebanyakan daripada reka baru McDonald's telah menjadi biasa dan tidak lagi dianggap sebagai reka baru, dan syarikat itu harus diberikan penghargaan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dalam pasaran yang dimasukinya

Dalam satu penyelidikan yang bertajuk Lengkung Emas di Timur (Golden Arches East, Percetakan Universiti Stanford, 1998, disunting oleh James L. Watson), sekumpulan ahli antropologi menyelidiki kesan McDonald's kepada Asia Timur, khususnya, Hong Kong. Antara pemerhatian mereka adalah bahawa McDonald's telah menyelesaikan masalah jatuhnya air muka untuk kebanyakkan pelanggan mereka (yang mungkin rasa malu sewaktu membuat pesanan yang lebih mahal atau lebih murah daripada yang lain; oleh sebab harga kesemua makanan McDonald's adalah lebih kurang sama, masalah ini telah dapat diatasi).

McDonald's Kosher di Buenos Aires, ArgentinaSaluran keluar McDonald's di Tokyo, Jepun

Sewaktu membuka saluran keluar di Hong Kong pada tahun 1975, McDonald's merupakan restoran pertama yang membekalkan bilik air yang sentiasa bersih. Oleh kerana itu, pelanggan mendesak taraf yang sama daripada restoran dan institusi yang lain. Dengan mempopularkan makanan restoran yang pantas, McDonald's telah membasmi atau mengurangkan perlakuan perbuatan pantang larang, umpamanya pantang larang makan sewaktu berjalan di Jepun. Dalam kebanyakan kes, McDonald's disambut dengan cepat, dan tidak dianggapi sebagai sebuah institusi yang asing.

Bahan pembungkusan dan bahan buangan yang dihasilkan oleh syarikat telah menimbulkan rasa bimbang terhadap orang ramai tentang kerosakan persekitaran, McDonald's memulakan projek bersama dengan Sahabat Alam {Friends of the Earth) untuk menghapuskan kegunaan bekas polistirena dan mengurangkan jumlah bahan-bahan buangan yang dihasilkan.

Lambang globalisasi

McDonald's telah menjadi lambang globalisasi, dan adakalanya dirujuk sebagai "Mcdonaldisasi" masyarakat. Majalah The Economist menggunakan "Indeks Big Mac" (harga untuk hamburger Big Mac) sebagai sukatan tidak rasmi untuk mengukur pariti kuasa beli antara mata wang negara-negara di dunia.

McDonald's masih merupakan sasaran untuk pembantah anti-globalisasi di seluruh dunia.